Tapi tapi tapi, bila fikir balik, aku still belajar and target aku tak
capai lagi. Tapi dok tengok kawan-kawan dah macam ada secure relationship, aku
yang jadi tak secure. Tapi aku akan sedaya upaya mengawal emosi tu.
Actually blog, ada benda terjadi harini yang membuatkan aku terfikir pasal jodoh ni. Since takde orang yang akan baca kau selain aku, so biar aku cerita dekat kau apa yang aku fikir and rasa malam ni. Semua benda jadi flashback hahaha
Okay to start, sebelum ni bukan lah aku takde like teman dalam hidup, i do, its Abg N. I broke up with Abg N like last year.
Something happened, ada orang text aku kata dia girlfriend Abg N. Tapi Abg N ni tak mengaku langsung tau. Walaupun aku memang ada jumpa text text dari phone dia yang membuatkan aku betul betul confirm dia tipu aku, and time tu
perasaan aku dekat Abg N pun macam dah hilang pelan pelan and bila jadi macam
tu rasa macam kosong, useless. Our relationship was like 7 years, dah plan nak
tunang bagai, ended up macam tu. Sedih, sape tak sedih.
Adik cakap, "maybe lama sangat kot". hahaha aku gelak tapi
bila fikir, mungkin betul kan?
Abg N bagi aku, memang tak dapat aku nafikan kebaikan dia sepanjang
relationship kiteorang. Dia sangat caring, baik, dia punya rasa sayang
dekat aku tu memang dia tunjuk lah, bila demam dia belikan ubat, aku ada hal
dia temankan, aku mengidam nak makan itu ini dia bawakkan, mak aku, saudara
mara pun dah kenal and macam dah berkenan dah pun. Tup tup tak jadi. Mama Abg N
tu pernah siap text aku tanya kenapa, and suruh aku maafkan apa yang Abg N dah buat
dekat aku. Tapi, aku tak boleh. Benda ni bukan baru jadi sekali. Sebelum ni pun pernah. So bila dah banyak kali, faham je lah perasaan tu macam mana. Perasaan sayang tu dah tak macam dulu. So when love and trust are gone, I guess this is moving on. Ha gittew.
But, in the mean time, time aku dah berperang besar dengan Abg N, aku
jumpa dengan Mr. M, haa N M dekat dekat je. HAHA. Aku tak tahu lah, benda ni
kebetulan ke atau mainan perasaan aku sebab aku dah terasa terkesan dengan apa yang Abg N buat dekat aku. Mr. M pulak datang cantik pulak time dia, time aku memerlukan someone to share and dia pun menjadi pendengar setia, kita pun suka lah.
Well Mr. M ni bukan lah aku baru kenal, kiteorang dah kenal dari zaman
aku habis SPM lagi, time tu masing-masing masih tak nampak hala tuju hidup
lagi, terumbang ambing huhu.
Setelah sekian lama aku tak jumpa dengan Mr. M ni, aku rasa bertahun
jugak, last last jumpa dekat tempat aku belajar. Yang kelakarnya, punya lah
kecik kampung kiteorang tu dekat tempat kena naik flight jugak berjumpa balik.
Masa tu aku dah nak habis degree pun, dan dia ada kerja dekat situ. Jumpa, dia
join lepak dengan kawan-kawan aku, balik, texting, pastu rapat sampai
sekarang.
Kalau ikut calculation aku lah, dah 9 bulan kiteorg rapat. Haa, agak
lama bagi aku untuk lelaki dan perempuan untuk rapat without any secure
relationship.
Sampai sekarang, masing-masing tak pernah luahkan apa-apa. Paling jauh
pergi setakat "I miss you". Benda tu membuatkan aku lagi bertanda
tanya. "Dia suka aku ke?" "Aku ke yang syiok sendiri?"
"as a friend je kot" "entah-entah dah ada girl lain yang dia dah
terpikat" "Janga perasan lahh, benda tu dia maksudkan ke? kekadang
manis mulut je" "Bila kau nak cakap kau suka aku haa?!" HAHAHA.
Well, perempuan kann. memang hati ni rasa macam tak sedappp je selalu,
perasaan ni akan datang setiap kali lepas aku jumpa, texting, or on the phone
dengan Mr. M. Benda yang akan aku ulang ulang cakap dekat diri aku,
"jangan berharaplah, kang kau yang sakit hati". Tapi sejujurnya
memang dah sakit pun. Tapi aku masih tahan, sampai bila aku taktahu.
Tapi kekadang aku rasa aku gelojoh jugak, bagi lah dia kejar cita-cita
dia, then baru tengok apa dia buat. Hm, yang tu pun aku determine jugak nak
buat supaya aku lebih bijak nak kawal emosi aku. Sabar.
Sejujurnya dari mula-mula aku jumpa Mr. M ni pun aku dah crush habis dah
dengan dia. Tapi aku simpan je lah, sebab baru jumpa kann, biasalah tu perasaan
je huhu. sampai lah Mr. M tu couple dengan A, serious aku jealous. HAHA padahal
time tu tengah lagi dengan Abg N tu kan. Tapi perasaan tu aku still ignore. Sampai lah aku jumpa dia balik, perasaan tu still sama macam mana first time aku jumpa dia.
Well, bila aku dah mula rapat dengan Mr. M, aku ni jadi stalker lah nak tahu banyak lagi benda pasal dia. Especially on what happened dengan his previous relationship dengan A. Bila aku dapat tahu punca diaorang brake up is from Mr. M, aku terasa aku kena hati-hati. Tu bahaya, sebab aku rasa tak percaya dah. Tapi something about him yang makes it feel so right. Walaupun kita sakit hati dia tak contact aku berhari-hari tapi bila dia call or text kita jadi cair. Arghh kenapa lah aku tak boleh nak kawal emotion aku ni.
Well nak dijadikan cerita, aku taktahu lah memang rezeki kiteorang ke, setalah 9 months berlalu minggu ni dia datang lagi
tempat aku sebab nak kerja (Mr. M ni kerja tak tentu tempat) and we spent like most of our day together lah especially
during makan. Haih, perasaan berbunga aku tu memang berbunga sangat lah. Mr. M
ni dia very romantic tau, kekadang tu dia akan buat benda yang kau tak aspect
he would do, dan kita ni punnn cair lerrrrr.
Tapi, something happened yesterday dan benda ni membuatkan aku confuse dengan Mr. M
tentang how our relationship goes selama ni. Semalam, aku hangout dengan Mr. M
kejap, like 6 hours macam tu, and he needs to buy some stuff jugak so aku
tolonglah bawakkan.
Sampai dekat satu kedai, he was searching for something and bila dia dah
jumpa, dia try to compare dengan gambar yang dia ada simpan dalam phone dia. Aku ni, disebabkan tu bukan kedai untuk aku, aku menonong
tengok itu tengok ini lah, bosan kan. Aku pun tetiba datang dekat dia dan tengok gambar tu. Yes, aku
memang lah nampak gambar yang dia tengah bukak tu, but, at the same time mata
aku ni merayap pergi dekat previous photos yang dia ambil and I saw a few of
his selfies and ada satu selfie perempuan free hair, dyed and rupa dia aku tak
nampak lah sebab kecik kan. Bila aku nampak macam tu, muka aku tiba-tiba jadi
panas. hati aku sakit sangat, sampai sekarang rasa. Apa sebenarnya yang Mr. M
buat dengan aku selama ni? dia nak ambil kesempatan ke? Hm mungkin. Dia saje je
ke dengan aku ni? Ada lagi ke perempuan yang lain dengan dia? Banyakkkk aku
fikir. Sedih, sangat sedih.
Dalam masa yang sama, Abg N tu tiba tiba nak hubungan kiteorang
diteruskan, dia nak hantar rombongan dan nak kawin. Aku tahu Abg N memang suka
dekat aku, tapi aku takada perasaan macam tu dekat dia. ke sebab dah dikaburi
oleh Mr. M.
Kadang kadang aku rasa nak give up dengan Mr. M ni, aku siap mutekan
whatsapp dia sebab kalau boleh aku taknak layan dah dan nak cuba ajar diri aku untuk
sukakan Abg N semula. Tapi, hati aku ni still nak menunggu Mr. M tu, nak
ke tak dia dengan aku tu aku taktahu lah. Haihh, ibu selalu cakap, berkawan dengan orang yang sayang kita macam Abg N. Tapi tu lah, perasaan tu takde, kadang kadang aku rasa perasaan tu lebih kepada kesian, bukan sayang.
Haihhh, Orang yang suka kau terang terang kau taknak, yang tak
tau hala tuju tu yang kau nakk. Hmmm. Kenapa lah dengan aku ni, tapi perasaan aku yang kata macam tu, macam mana aku nak kawal. Walaupun hati aku still sakit dengan Mr. M
sebab apa yang aku nampak tadi, dan aku memang yakin, dia memang ada yang lain
yang mungkin dia lebih suka dari aku, tapi hati aku still cair dengan dia. arghhh kenapaaa!
Susah untuk abaikan perasaan macam ni, selalu aku fikir, aku sepatutnya
tak boleh fikir benda benda pasal relationship ni, aku patut fokus dengan hidup aku, masters aku,
aku kena habis kan dan sambung phd macam yang aku nak. Mesti! Tapi mainan
perasaan ni. T.T huhuhu sedih sangat.
Sorry lah blog, aku dah takde tempat lain nak meluahkan perasaan ni.
Dalam blog je lah yang aku boleh share dengan sejujur jujurnya huhu.