Pernah tak terjadi benda macam ni dekat korang? Yang taknak, itu lah yang dapat dan ada, yang kita beria-ria nak sangat tu lah tak dapat dan tak ada. Ribbon selalu kena benda macam ni.
Even benda simple. Okay contoh, satu hari ribbon nak pergi beli penyapu. Memang tujuan haritu keluar semata-mata nak beli penyapu. So, mesti lah lebih enthusiasm dia kan nak mencari sebatang penyapu tu. Over sangat perkataan 'enthusiasm' tu. HAHA. Tapi, nak dijadikan cerita, pusing punya pusing, boleh pulak tak jumpa penyapu! Nak lagi syiok cerita dia, uncle dekat kedai tu siap cakap "Aiyo, sorry lah Amoi, penyapu habis stock." Ribbon macam, HA?! macam mana pulak time-time ni habis stock? ramai sangat ke orang beli penyapu dua tiga menjak ni? HAHA
Tapi, such situation selalu sangat terjadi. Bukan dengan penyapu je, dengan benda-benda lain pun sama.
Sometimes, bukan sahaja benda, daily plans pun macam tu. Pernah tak korang beria-ria nak plan itu plan ini, dah excited dah ni, cerita dekat kawan-kawan rapat, tapi in the end, tak jadi? Pernah tak pernah tak? Selaluuuuuu gila jadi dekat Ribbon.
Bila lama-lama and benda ni kerap sangat jadi, Ribbon selalu cakap dekat diri sendiri, "Ha tu lah kau, beria-ria sangat, kan dah tak jadi." Ada jugak masa Ribbon rasa macam, "Kenapa kalau aku beria-ria mesti tak jadi, yang aku nak sangat mesti tak dapat." lepas tu emo simpan dalam hati sorang-sorang. tsktsk.
Tapi, pernah tak korang realized, why? Kenapa Tuhan tak bagi?
For Ribbon, benda pertama untuk menyedapkan hati bila berlaku benda-benda macam is, "Everything happens for a reason." Ada sebab Tuhan tak bagi apa yang kita beria-ria nak, maybe sebab:
First, Dia taknak kita jadi sombong, riak, lupa diri bila kita dah dapat benda yang kita beria-ria sangat nak tu. Contohnya, kita dah kumpul duit dah berkorban ikat perut bagai semata-mata nak beli Iphone. Dah excited dah ni, duit dah cukup dah, dah nak pergi beli dah pun, suddenly kereta accident, pastu duit guna repair kereta, dah tak dapat Iphone. Sedih, tapi mana tahu bila dah pakai Iphone dah lupa diri, dah terlebih syiok melayan alam anti-social dari layan family dan kawan-kawan. betul tak?
Second, kemungkinan usaha kita tidak cukup dan kita tidak bersedia lagi. God knows everything. Tuhan tidak akan memberi satu-satu ujian jika dia tak yakin kita mampu buat. Betul tak? Dia suruh kita troubleshoot balik mana yang ada mistakes, just to make sure that you are fully ready. Like really really ready. Tak pun, dia nak kita berusaha betul-betul, so that bila kita dapat benda yang kita nak sangat-sangat tu, kita pandai untuk menghargai.
Third, Dia dah sediakan benda yang lebih baik untuk kita. Cuma tunggu masa yang sesuai je. Tuhan suruh kita sabar sikit. Pernah tak dengar "Hidup kita ni macam mengembara di dalam terowong yang sangat gelap, panjang, dan kita tak tahu terowong tu menghala ke mana, tapi setiap terowong, mesti ada penghujung, dan penghujung itu ada cahaya, what we have to do is sabar and teruskan usaha untuk sampai ke cahaya tu." Cakap memang senang kann, tapi that is life. Susah macam mana, sakit macam mana. Sabar lah, telan je, ada hikmahnya.
Fourth, God will give the best for you. Kadang-kadang kita akan dapat benda yang kita tak suka, tak minat. Contohnya, dulu Ribbon suka sangat bila dapat tahu Ribbon dapat sambung belajar dekat UPM, dah terbayang dah UPM dekat Serdang tu. Suddenly ibu cakap dekat Ribbon, UPM yang Ribbin tu, dekat Bintulu. Hancur hati time tuuuu, menangis bengkak-bengkak mata. Tapi, ibu cakap, sabar, ada sebab. Ha, sekarang, amik kau, Ribbon dah 4 tahun lebih dekat Bintulu, and I love it here, seriously. Feeling really grateful and blessed.
Well, ada je kadang-kadang bila dah dapat benda yang kita tak suka tu kita rasa blank terus, nak give up tu of course lah, ada jugak rasa like its the end of our life, rasa down sangat sangat sangat kan. Bila jadi macam ni, ingat dekat diri sendiri:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu.
Ingat lah, Tuhan lebih mengetahui sedankan kamu tidak mengetahui."
Ribbon ni bukanlah teror pun bab-bab agama and handling emotions ni, tapi ni macam refleksi diri supaya menjadi lebih positive in what ever things that is happening or will be happening in our life. Bila ada masalah, tarik nafas dan fikir positive. Semua benda mesti ada cara terbaik untuk di selesaikan. So, sama-sama lah kita berpositivekan diri ye dok. hehe.
Thats all from Ribbon, ada masa Ribbon will write more ya,
Lots of Amore,
Ribbon